*********************
(Start Front Cover)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI INDAH
43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR D.E.
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2011
Penyelidik:
NAZARIAH BINTI MOHD JAMANI
Tajuk Kajian:
Meningkatkan Kemahiran Murid Yang Lemah Memahami dan Mengingati Kedudukan Kelenjar Endokrin Dalam Tubuh Manusia Dengan Menggunakan Kaedah KELAWAR (KEnali meLAlui WARna)
(End Front Cover)
*********************
(Start Contents)
43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR D.E.
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2011
Penyelidik:
NAZARIAH BINTI MOHD JAMANI
Tajuk Kajian:
Meningkatkan Kemahiran Murid Yang Lemah Memahami dan Mengingati Kedudukan Kelenjar Endokrin Dalam Tubuh Manusia Dengan Menggunakan Kaedah KELAWAR (KEnali meLAlui WARna)
(End Front Cover)
*********************
(Start Contents)
- Nama Sekolah:
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah
Taman Seri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor D.E.
(Tel: 03-89434263, Fax: 03-89456695) - Penyelidik:
Nazariah binti Mohd Jamani - Tajuk Kajian:
Meningkatkan Kemahiran Murid Yang Lemah Memahami dan Mengingati Kedudukan Kelenjar Endokrin Dalam Tubuh Mmanusia Dengan Menggunakan Kaedah KELAWAR - KEnali meLAlui WARna - Refleksi Pengajaran & Pembelajaran Lalu:
Dalam sukatan pelajaran Science tingkatan 4, ‘The Endocrine System’ adalah salah satu sub topik yang seringkali disoal dalam peperiksaan. Namun, ramai pelajar yang lemah gagal menjawab dengan sempurna terutama sekali dalam melabel kelenjar endokrin.
Apabila saya cuba memikirkan apakah kaedah yang paling sesuai untuk digunakan oleh para pelajar dalam mengatasi masalah ini, saya terbaca satu artikel dalam sebuah blog yang menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang lemah mudah tertarik kepada sesuatu yang berwarna warni atau dalam bentuk games. Antara masalah yang sering dihadapi pelajar dalam topik ini ialah:- Melabel kelenjar endokrin dengan betul.
- Menyatakan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar tersebut.
- Pelajar – pelajar tidak berminat untuk belajar kerana menganggap topik ini adalah sukar.
- Pelajar-pelajar memilih untuk tidak menjawab soalan berkaitan bab ini walaupun sebenarnya pelajar-pelajar berpeluang untuk memperolehi markah yang banyak sekiranya berjaya menjawab dengan betul.
- Pencapaian pelajar-pelajar dalam peperiksaan yang melibatkan topik kurang memuaskan.
- Guru mengajar berpusatkan guru.
- Melabel kelenjar endokrin dengan betul.
- Isu / Keprihatinan (Fokus Kajian):
Mata pelajaran SCIENCE adalah satu ilmu yang banyak memerlukan pemahaman dan penghayatan berbanding kaedah menghafal untuk mempelajarinya. Walau bagaimanapun kebanyakan pelajar menganggap setiap suatu proses atau konsep itu perlu dihafal terlebih dahulu tanpa perlu memahaminya. Ini menyebabkan ramai pelajar menghadapi masalah dalam mengingati keseluruhan konsep atau proses sesuatu topik.
Kaedah KELAWAR – Kenali meLAlui WARna adalah satu adalah satu teknik pembelajaran berpusatkan pelajar ( akses kendiri ) dimana guru memberi satu modul gambarajah suai padan berwarna tentang sistem endokrin dalam tubuh manusia.. Setelah mencuba modul tersebut secara perbincangan dalam kumpulan kecil, pelajar akan dapat lebih memahami dan seterusnya mudah untuk mengingati kedudukan system endokrin yang terdapat dalam tubuh manusia.. - Objektif Kajian:
- Objektif Umum - Meningkatkan kemahiran murid memahami kedudukan kelenjar endokrin menggunakan kaedah KELAWAR.
- Objektif Khusus - Guru menggunakan kaedah KELAWAR untuk meningkatkan pencapaian 10% dalam Kertas 2 Science.
- Objektif Umum - Meningkatkan kemahiran murid memahami kedudukan kelenjar endokrin menggunakan kaedah KELAWAR.
- Kumpulan Sasaran:
Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar kelas 4SPE2. - Tindakan Yang Dicadangkan:
- Tinjauan Awal Masalah.
Sebelum langkah-langkah kajian selanjutnya dijalankan tinjauan terhadap masalah akan dikenalpasti terlebih dahulu bagi membantu pengkaji memahami masalah yang dihadapi pelajar. Tinjauan dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:- Menjalankan ujian khas melibatkan soalan berstruktur iaitu melabel sistem endokrin dalam tubuh manusia untuk mengetahui tahap pemahaman pelajar dalam topik sistem endokrin.
- Menjalankan ujian khas melibatkan soalan berstruktur iaitu melabel sistem endokrin dalam tubuh manusia untuk mengetahui tahap pemahaman pelajar dalam topik sistem endokrin.
- Menjalankan Kaedah KELAWAR – Kenali meLAlui WARna.
Cara pelaksanaan:- Pelajar diberi dengan set modul gambarajah suai padan berwarna tentang sistem endokrin dalam tubuh manusia.
- Modul tersebut terdiri daripada gambarajah system endokrin dalam tubuh manusia yang diwarnakan dengan warna yang berbeza-beza bagi setiap jenis kelenjar endokrin tersebut. Pemilihan warna juga adalah mengikut kesesuaian yang mudah diingati oleh pelajar iaitu:
- Kelenjar Pituitary – Warna PUTIH
- Kelenjar Thyroid – Warna HITAM
- Kelenjar Pancreas – Warna HIJAU
- Kelenjar Adrenal – Warna MERAH
- Ovary - Warna MERAH JAMBU
- Testis - Warna BIRU MUDA
- Pelajar meneliti gambarajah tersebut dan mengecam kedudukan setiap kelenjar endokrin berdasarkan warna.
- Pelajar menyelak petak-petak berwarna untuk mengetahui nama kelenjar-kelenjar endokrin tersebut.
- Masa yang diperuntukkan untuk Langkah c) dan d) adalah bergantung kepada tahap IQ pelajar masing-masing.
- Guru memberi set latihan melabel kelenjar endokrin kepada pelajar.
- Guru menganalisa latihan pelajar
# Aktiviti ini akan diubahsuai jika berlaku keperluan berbuat demikian setelah membuat refleksi bagi aktiviti di atas. - Pelajar diberi dengan set modul gambarajah suai padan berwarna tentang sistem endokrin dalam tubuh manusia.
- Tinjauan Awal Masalah.
- Bahan Yang Dicadangkan:
- Modul KELAWAR – KEnali meLAlui WARna (The Endocrine system).
- Set latihan melabel kelenjar endokrin.
- Modul KELAWAR – KEnali meLAlui WARna (The Endocrine system).
- Jadual Pelaksanaan Kajian:
- Mengenalpasti masalah berdasarkan tahap pemahaman pelajar tingkatan 4 semasa tahun 2010 terhadap topik “The endocrine system” -> January 2011
- Menulis proposal kajian tindakan -> 7 March 2011
- Menjalankan pengajaran dan pembelajaran tentang tajuk “The Endocrine System” -> 17 - 18 February 2011
- Melaksanakan tindakan 1 – Tinjauan masalah ( 5.1a dan 5.1b) -> 24 – 25 February 2011
- Menganalisa dan merekod data hasil tindakan 1 -> 8 - 9 March 2011
- Melaksanakan tindakan 2 – Kaedah KELAWAR ( 5.2 ) -> 10 - 11 March 2011
- Menganalisa dan merekod data hasil tindakan 2 -> 17 - 18 Mac 2011
- Ujian untuk mengesan pencapaian murid (Peperiksaan Pertengahan Tahun) -> 17 May – 4 June 2011
- Refleksi kajian -> 7 – 8 June 2011
- Menulis laporan kajian tindakan -> 9 – 11 June 2011
- Mengenalpasti masalah berdasarkan tahap pemahaman pelajar tingkatan 4 semasa tahun 2010 terhadap topik “The endocrine system” -> January 2011
- Kos Kajian:
- Kertas A4 1 rim x RM 10.00 -> RM10.00
- Photostat bahan edaran 10 helai x RM 0.05 -> RM00.50
- Mencetak modul bahan edaran 10 set x RM 1.30 -> RM13.00
- Buku Catatan Guru -> N/A
# Jumlah Keseluruhan -> RM23.50 - Kertas A4 1 rim x RM 10.00 -> RM10.00
- Penutup:
Penyelidik berharap agar kaedah KELAWAR ini akan lebih menarik minat pelajar terutamanya pelajar yang lemah untuk mememahami dan mengingati kedudukan kelenjar endokrin dalam tubuh manusia kerana kaedah ini bersifat permainan yang menyeronokkan dan akses kendiri.
(End Contents)
*********************
tq
ReplyDelete