Demam adalah adalah merupakan tindak balas normal badan seseorang manusia itu terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain.
Demam bukanlah suatu penyakit, tetapi ia adalah suatu gejala yang kebiasaannya memberi isyarat bahawa seseorang itu mempunyai jangkitan kuman atau virus.
Suhu badan normal manusia adalah di antara 36.5 °C – 37.2 °C (suhu di mulut).
Secara amnya, demam ditakrifkan sebagai suatu keadaan di mana suhu badan melebihi 37 °C disebabkan oleh suatu jangkitan atau keradangan.
Suhu badan mempunyai julat yang pelbagai. Demam biasanya dipersetujui sekiranya:
- Suhu pada mulut (oral) adalah melebihi 37.2 °C.
- Suhu pada dubur adalah melebihi 37.8 °C.
- Suhu pada ketiak (axillary) atau pada telinga (otic) adalah melebihi 37 °C.
Pada seseorang dewasa yang sihat, julat bagi suhu badannya boleh dirujuk seperti berikut:
- Suhu bagi mulut adalah 36.5 °C – 37.2 °C.
- Suhu bagi dubur adalah 34.4 °C – 37.8 °C.
- Suhu bagi selaput tympanik adalah 35.4 °C – 37.8 °C.
- Suhu bagi ketiak (axillary) adalah 35.5 °C – 37.0 °C.
Suhu badan seseorang mungkin meningkat selepas melakukan aktiviti berat tetapi keadaan ini tidak dianggap sebagai demam jika titik set suhu badan adalah normal.
Demam juga boleh dimanifestasikan oleh penyakit kronik atau sebarang reaksi immunologi.
Kebiasaannya seorang yang telah berumur (tua) memiliki kurang keupayaan bagi menghasilkan haba badan, dengan itu suhu tahap rendah mungkin juga boleh mewakili penyakit asas yang serius.
Penyebab demam
Demam boleh disebabkan oleh salah satu daripada faktor-faktor berikut:
- Jangkitan virus penyebab kepada selsema, sakit tekak dan cirit-birit.
- Jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan saraf (meningitis).
- Demam malaria/denggi/HIV.
- Penyakit sendi.
- Ubat seperti antibiotik dan sebagainya.
- Barah/Kanser.
Rawatan
Jangkitan ringan selalunya akan lega tanpa rawatan kerana sistem imunisasi berjaya menangani jangkitan.
Perkara yang perlu dilakukan di rumah ketika demam adalah:
- Demam yang ringan (suhu kurang daripada 38 °C) dan tiada komplikasi.
- Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
- Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup.
- Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam.
- Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
- Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam.
- Mendemah/menjaram/membasahkan bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan.
Tanda-tanda Perlu Berjumpa Doktor
Seseorang itu perlulah berjumpa dengan doktor jika mempunyai gejala seperti berikut:
- Jika suhu badan melebihi 38 °C rawatan di rumah tidak akan membantu.
- Baru pulang dari perjalanan luar negara.
- Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan.
- Sakit perut, mata atau tulang pipi.
- Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
- Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
- Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
- Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
- Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
- Demam berkaitan dengan kecederaan.
Pencegahan
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil sebagai usaha untuk pencegahan:
- Elakkan dari mendekati seseorang yang demam berpunca daripada penyakit berjangkit seperti TB.
- Mengamalkan kebersihan.
- Menjauhi tempat-tempat yang sesak seperti perhimpunan jalanan dan pusat membeli-belah yang sesak.
- Sentiasa aktif dan melakukan senaman secara berkala/berjadual.
- Ambil diet yang seimbang dan sihat.
Bagaimana Mengukur Suhu Badan?
Untuk memastikan adakan anda demam, gunakan jangka suhu klinikal yang boleh di beli dari farmasi, untuk mengukur suhu badan.
Penggunaan termometer digital adalah digalakkan berbanding dengan jangka suhu merkuri.
Pastikan jangka suhu bersih sebelum digunakan. Air boleh digunakan untuk membersih jangka suhu.
Ikut arahan penggunaan dengan betul sebelum digunakan.
Jika tahap suhu badan pada atau melebihi 38 °C, sila berjumpa dengan anggota kesihatan di pusat kesihatan terdekat.
Jangka suhu telinga juga boleh digunakan.
Strip jangka berwarna adalah tidak tepat dan tidak digalakkan penggunaannya.
Sekiranya anda tidak pasti, sila berjumpa dengan doktor.
Rujukan dan Sumber:
No comments:
Post a Comment