Dalam tahun ini, 2016, bulan Februari mempunyai bilangan hari sebanyak 29 hari. Dengan kata lain, pada tahun 2016 ini, kita sekali lagi akan berjumpa dengan tarikh 29hb Februari.
Kali terakhir tarikh 29hb Februari tercatat dalam kalendar ialah pada tahun 2012, iaitu 4 tahun yang lepas. Tahun-tahun tersebut dikenali sebagai Tahun Lompat (Leap Year) dimana ianya akan berulang setiap 4 tahun sekali. Bilangan hari didalam tahun-tahun lompat adalah 366 hari.
Pada kebiasaannya, setiap tahun-tahun akan mempunyai 365 hari kecuali tahun-tahun lompat yang mempunyai 366 hari dimana 1 hari ditambah pada akhir bulan Februari (29hb Februari).
Taqwim yang diguna pakai pada zaman ini adalah bersandarkan kepada pergerakan Bumi mengelilingi Matahari, dimana satu pusingan lengkap Bumi mengelilingi Matahari dikenali sebagai satu Tahun Suria.
Kebanyakan kalendar yang kita gunakan pada hari ini adalah kalendar Gregorian, yang mengambil sempena nama Pope Gregory, iaitu orang yang bertanggung-jawab membuat 'peningkatan' diatas kelemahan yang terdapat pada Taqwim Julian.
Tahun Lompat diwujudkan bertujuan untuk membuat penyelarasan terhadap masa. Pada perkiraan biasa, satu pusingan lengkap Bumi mengelilingi Matahari adalah 365 hari (setahun). Tetapi, bilangan hari yang sebenarnya lebih tepat untuk Bumi membuat satu pusingan lengkap mengelilingi Matahari ialah lebih kurang 365.25 hari. Ini bermaksud, pada setiap satu tahun-tahun biasa mengikut Taqwim Gregory akan terdapat perbezaan sebanyak 0.25 hari (1/4 hari) berbanding dengan setiap 1 Tahun Suria.
Oleh itu, pada selang setiap 4 tahun, bilangan 0.25 hari (1/4 hari) tersebut dikumpulkan menjadikannya sebagai 1 hari, yang menjadikan bilangan hari pada tahun tersebut adalah 366 hari. Tahun yang mempunyai 366 hari inilah yang dikenali sebagai Tahun Lompat dimana bilangan 1 hari tambahan itu adalah pada 29hb Februari, dan yang paling hampir ini adalah pada 29hb Februari 2016.
Info di atas adalah cuma penerangan ringkas untuk menceritakan asas bagaimana dan apa itu Tahun Lompat. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Tahun Lompat, sila rujuk 'Leap Year'.
Tarikh 29hb Februari 2016 adalah jatuh pada hari Isnin. Cuma yang menjadi kemusykilan ialah... Bagaimana agaknya orang-orang yang lahir pada tarikh 29hb Februari ini menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran mereka, adakah disambut setiap 4 tahun sekali, atau dipilihnya tarikh lain sebagai ganti, atau tak sambut langsung :) :) :)
My kids understand well about leap year from your notes. Thanks
ReplyDelete