Friday, February 05, 2016

Bandingkan kadar hotel pilihan anda pada harga yang terbaik

Penginapan yang selesa adalah satu faktor penting yang perlu diambilkira dalam merancang suatu percutian. Ini adalah penting bagi kita untuk mencari sebuah penginapan dengan persekitaran yang akan membolehkan kita berasa seperti berada di rumah dan tidak mengganggu mood kita dalam apa-apa program yang telah dirancang.

Perkara-perkara yang perlu diambilkira dalam mencari sebuah penginapan untuk perjalanan ialah:
  • Tujuan perjalanan (percutian / urusan perniagaan / dsb).
  • Lokasi perjalanan.
  • Keadaan persekitaran dan kemudahan di mana anda akan menginap.
  • Bilangan orang yang turut menyertai perjalanan.
  • Bajet perjalanan.
  • Terma pembayaran.
Maklumat-maklumat di atas membolehkan kita untuk membuat pilihan tempat penginapan yang sesuai dengan perjalanan yang dirancang.

Kemudian, maklumat mengenai penginapan yang dikehendaki boleh dicari melalui 'search engine' (Google, Yahoo, dan lain-lain), agensi pelancongan, laman web hotel, atau maklumat dari rakan-rakan, sebelum membuat sebarang tempahan.


Bagi memudahkan kita untuk membuat perbandingan untuk hotel yang dipilih, terutamanya pada harga yang terbaik yang sesuai dengan bajet, adalah lebih memudahkan kita untuk membuat perbandingan dengan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh trivago @ www.trivago.com

trivago adalah 'metasearch engine' (bagi perjalanan) yang memberi tumpuan kepada hotel. Laman web ini membandingkan harga lebih 725,000 hotel dari lebih daripada 200 laman tempahan, seperti Expedia, Booking.com, Hotels.com and Priceline.com. Berpengkalan di Düsseldorf, Jerman, laman web tersebut menerima kira-kira 45 juta pengguna setiap bulan di 47 platform antarabangsa.

No comments:

Post a Comment

Nota Terkini